Contoh tanaman herba ialah :
1. Tongkat Ali Hitam
Tumbuhan ini banyak digunakan oleh kaum lelaki untuk memberi tenaga batin mahupun dalaman.
Air rebusan tumbuhan ini boleh memberikan kekuatan kepada buah pinggang sekiranya pengambilannya dilakukan secara konsisten selama sebulan.
Tumbuhan ini turut digunakan untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, daun dan akar sehingga menjadi serbuk lalu dimakan.
2. Tongkat Ali
Tongkat Ali ini mempunyai banyak khasiat.
Antaranya ialah pening kepala, luka-luka, kurap, bengkak, kelenjar, antiradang dan banyak lagi.
3. Tea Tree
Tumbuhan atau nama lainnya ialah Gelam Wangi, banyak digunakan dalam bidang kesihatan dan juga penjagaan.
Ia merupakan agen yang mujarab untuk menjaga kulit daripada agen antikulat dan antibakteria.
Formulasi daripada tumbuhan ini mampu merawat jerawat, kelemumur dan masalah tinea.
4. Senna Mekah
Herba daripada tumbuhan ini dapat merawat penyakit seperti penyakit kulit, cacing, anemia, demam panas, taun, batuk, gout, penyakit kuning serta sembelit.
5. Selasih
Tumbuhan ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia. Di Malaysia, tumbuhan ini digunakan secara meluas dalam perubatan.
Namun begitu, di negara Amerika, tumbuhan ini dijadikan sebagai hiasan kerana warnanya yang cantik serta baunya yang harum.
Daun tumbuhan ini yang diekstrak menjadi pati lalu dijadikan sebagai wangian, aromaterapi dan juga makanan.
6. Serai Wangi
Tumbuhan ini sesuai digunakan untuk rawatan bersalin dan juga untuk menghilangkan sakit kepala.
Tidak lupa juga bahawa serai wangi juga banyak menghasilkan minyak urut yang berfungsi sebagai mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga, dan kembung perut.
7. Serai makan
Serai wangi yang selalunya kita gunakan di dalam masakan merupakan salah satu tanaman herba.
Contohnya, serai ini banyak digunakan untuk bahan perisa dalam masakan seperti Tom Yum, rendang, kerabu, masak lemak cili api dan sebagainya.
Minyak pati serai makan digunakan sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.
8. Rosel
Kelopak rosel yang berwarna merah ini sememangnya mempunyai banyak khasiat seperti vitamin A dan C serta zat mineral.
Dengan menjadikannya sebagai teh, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi serta dapat menjadi awet muda.
Pemprosesan biji rosel ini boleh dijadikan sebagai bahan kosmetik manakala kulitnya pula dibuat tali.
9. Pegaga
Pegaga amat dikenali dalam kalangan tiga kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan juga India.
Bagi kaum Melayu, tumbuhan ini dijadikan sebagai ulam, bagi kaum Cina, pegaga dijadikan sebagai minuman penyejuk badan manakal bagi kaum India pula adalah sebagai tonik kecerdasan minda.
10. Pandan Wangi
Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan terutamanya dalam pembuatan makanan tradisional di negara Malaysia dalam kalangan masyarakat Melayu.
Ia digunakan sebagai pewangi, pewarna serta perangsang selera.
Kini, banyak syarikat telah menggunakan ekstrak pandan sebagai pewarna makanan.
Pandan wangi dikatakan juga mempunyai khasiat tinggi dalam kesihatan. Contohnya seperti merawat penyakit demam campak, denggi dan anaemia.
11. Patawali
Air seduhan batang patawali diminum untuk membunuh cacing dalam perut manakala air seduhan keseluruhan tumbuhan digunakan untuk merawat darah tinggi, sakit perut, kecing manis dan juandis.
Penggunaan luarannya pula adalah bagi merawat kudis dan luka.
Adalah dipercayai bahawa dengan meminum air rebusan tumbuhan ini dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan jangkitan malaria.
12. Mengkudu
Mengkudu ini digunakan secara turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.
Satu penyelidikan telah dibuat dan didapati bahawa tumbuhan ini mampu merawat 22 jenis penyakit.
Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang.
13. Misai Kucing
Tumbuhan ini mampu melawaskan pemuangan air kecil, rawatan batu ginjal, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kecing manis dan demam.
14. Limau Purut
Limau purut ini banyak digunakan dalam masakan seperti Tom Yum kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga boleh digunakan sebagai ramuan perubatan iaiatu dalam mandi wap.
Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
15. Kesum
Tanaman kesum sangat popular sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. Ia boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin
manakala minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
16. Kunyit
Daun kunyit digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di bakar.
Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.
17. Halia
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
18. Hempedu Bumi
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak.
Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
19. Daun Saderi
Khasiat yang terdapat pada daun saderi atau dikenali sebagai daun sup mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolestrol dalam darah dan melancarkan aliran darah.
20. Bunga Telang
Bunga pokok telang ini sejak dahulu lagi telah digunakan oleh nenek moyang kita sebagai pewarna kepada nasi kerabu.
Selain itu, kacang telang ini juga digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala.
7 comments:
terbaik 10/10
Penjelasan Yang menarik maklumat Yang disampaikan jelas dengan penggunaaa grafik Yang menarik
video yang menarik dan mudh difahami
Alhamdulilah. Maklumat yang diberikan sangat membantu. Menarik dan sangat kreatif😍
perkongsian yang menarik. saya suka dengan cara penyampaian anda ! tahniah !
Maklumat lengkap dan berguna.
Sangat berguna dan menarik
Post a Comment