Wednesday, 21 August 2019

APA ITU TANAMAN HERBA ?

Tanaman herba ialah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya.

Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan.
Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun begitu, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.

Kini, hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian.
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang dimakan digunakan, turut mengandungi herba.



No comments: